Keindahan Malaysia

Loading...

Akuarium Malaysia

Wednesday, August 19, 2009

RISIKO PENGGUNAAN BOTOL PLASTIK TERHADAP ALAM SEKITAR

Kurangkan Penggunaan Botol Plastik

Posted: 18 Aug 2009 08:38 AM PDT



Botol plastik terbahagi kepada 2 jenis iaitu

1.Boleh digunakan semula( jenis polikarbonat)

2.Tidak boleh digunakan semula seperti botol air mineral biasa( jenis polyethylene terephthalate)

Secara umumnya air ang terdapat di dalm botol dikatakan lebih baik daripada air paip atau air yang belum dimasak.ini kerana kandungan air di dalam botol tersebut belum dibuka.air juga lebih mudah dibawa dalam botol plastik kerana ianya ringan,tahan panas serta tidak mudah pecah,lebih-lebih lagi sewaktu mendaki gunung atau melawat kawasan yang kurang bersih.

Air dalam botol yang terdapat di pasaran biasanya terdiri daripada air mineral,air osmosis berbalik,air suling,jus dan minuman berkarbonat.Walaupun botol plastik mempunyai kelebihannya,namun ia mempunyai potensi untuk memudaratkan alam sekitar dan kesihatan.Antara kesan botol plastik kepada alam sekitar dan kesihatan ialah:

1.Peningkatan Jumlah Sampah.

Kebanyakkan botol plastik dihasilkan untuk digunakan sekali sahaja terutamanya botol yang mempunyai label no 1 tertera di awah botol tersebut.Dalam pada itu setiap orang dinasihatkan untuk minum 8 gelas air sehari,iaitu sekitar 4 botol (500ml) air.Cuba bayangkan jumlah sampah yang dihasilkan oleh botol plastik yang akan terkumpul di tapak pelupusan sampah sekiranya semua orang meminum air di dalam botol plastik.Keadaan ini bertambah buruk memandangkan kadar kitar semula plastik di negara ita masih rendah(hanya dalam lingkungan 3% ) dan botol plastik tidak dapat dibiodegradasikan.

2.Pembaziran Air

Proses penulenan air yang komplek dan panjang juga kehilangan akibat penyejatan (evaporation loss) yang berlaku di semasa pengilangan air dalam botol memerlukan 3 kali jumlah air mentah untuk menghasilkan satu botol air terproses.Di samping itu,agen pencuci digunakan untuk memprosesan botol ini boleh mencemarkan sumber air seperti sungai dan tasik.

3.Pengurang sumber Tabung(yang tidak boleh diperbaharui)

Penghasilan botol plastik menggunakan bahan daripada petroleum,iaitu sumber yang tidak boleh diperbaharui.Di anggarkan 17 juta tong minyak digunakan setiap tahun di Amerika Syariat sahaja untuk menghasilkan botol air plastik sahaja.Sumber ini semakin berkurangan dengan bertambahnya penghasilan botol plastik bagi menampung permintaan pasaran yang terus meningkat.

4.Risiko Kesihatan

Menurut kajian baru pada September 2008 oleh Journal of American Medical Associations dan juga laporan terkini(November 2008) dari Program Toksilogi Negara(Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia Amerika Syarikat),botol plastik menggunakan Bisphenol A (BPA) boleh membawa risiko kesihatan,lebih-lebih lagi kesihatan kanak-kanak.Penggunaan yang kasar seperti pendedahan yang lama kepada persekitaran yang panas,mencuci dengan pencuci yang kuat,atau mengisi air yang panas boleh mengakibatkan dan mempercepatkan bahan kimia ini mencemari air di dalam botol. BPA memberikan kesan yang sama seperti hormon estrogen.Pengumpulannya dalam badan manusia boleh menjejaskan pertumbuhan otak,sistem kesuburan dan fungsi lain di dalam badan.

Penyelesaian.

Apa yang boleh kita lakukan ialah menghantar botol plastik yang telah digunakan ke pusat kitar semula.Ini dapat mengurangkan kuantiti botol plastik yang dibuang di pusat pelupusan sampah,akan tetapi pastikan botol yang digunakan tidak mengandungi BPA.Botol plastik yang mempunyai BPA selalunya mempunyai nombor 7 tertera di bawah botol tersebut.namun ini tidak bermakna semua botol plastik yang mempunyai no 7 mengandungi BPA,kerana no 7 bermakna juga lain-lain jenis plastik.

Sebagai pilihan lain kepada botol plastik gunakan botol kaca atau botol yang dibuat dari besi yang tahan karat.Pastikan juga anda sentiasa mencuci cawan atau botol ini dengan air yang bersih serta dikeringkan,ini kerana botol yang mengandungi air lebih mudah terdedah kepada kuman dan bakteria

Buletin Pengguna Feb 2009

Wednesday, June 24, 2009

GEOGRAFI MELAHIRKAN MODAL INSAN GEMILANG

TANAH RUNTUH

Tanah runtuh merupakan satu kejadian alam yang berlaku disebabkan oleh tindakan manusia yang tidak menghargai alam sekitar. Punca tanah runtuh yang berlaku adalah disebabkan oleh penebangan hutan secara haram, pembangunan yang tidak dirancang dan tiada penanaman semula pokok di kawasan yang dibangunkan. Tanggungjawab kita untuk menentukan semua ini tidak akan berlaku untuk generasi akan datang.

Tuesday, June 23, 2009

PROGRAM GEMILANG GEOGRAFI SMK SERI PERAK 2009


1. Tajuk: PROGRAM GEMILANG GEOGRAFI (PGG) 2009

2. Rasional:
Program Gemilang Geografi (PGG) untuk sekolah perlu dijalankan sebagai satu usaha untuk mencapai matlamat Kurikulum Geografi dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Sejajar dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 – 2010, mata pelajaran Geografi merupakan mata pelajaran yang dapat membangunkan modal insan yang berminda kelas pertama dan mampu bersaing dalam persada antarabangsa demi untuk membina Negara bangsa Malaysia yang tercinta.
Selaras dengan Perancangan Strategik 2005 – 2015, Jabatan Pelajaran Negeri Perak bermatlamat “Menjadikan Negeri Perak Komuniti Berilmu Menjelang 2010” dan slogannya “Komuniti Berilmu Perak Terbilang”. Diharapkan panitia Geografi sekolah dapat meningkatkan bidang akademik yang berasaskan pengurusan panitia Geografi yang cekap yang berteraskan data dan maklumat, penyelidikan dan pembangunan dan TMK. Agar dapat menguruskan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti bagi mencapai keputusan peperiksaan awam yang terbilang.
Program Gemilang Geografi (PGG) ini bertujuan untuk membantu para guru geografi dan murid dalam meningkatkan prestasi Geografi di sekolah ke arah kecemerlangan di dalam peperiksaan PMR, SPM dan STPM tahun 2009 serta murid tingkatan 1, 2, 4 dan 6 Rendah bagi sekolah ini.

3. Objektif:
3.1. Objektif Umum:
3.1.1. Pengurusan Panitia Geografi yang cekap.
3.1.2. Pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
3.1.3. Penyediaan sistem maklumat Panitia Geografi yang lengkap dan sistematik.
3.1.4. Pemantapan pengurusan Program Pembangunan Panitia Geografi.

3.2. Objektif Khusus:
3.2.1. Meningkatkan kecemerlangan dalam peperiksaan awam PMR, SPM dan STPM berasaskan Headcount, TOV dan analisis item.
3.2.2. Meningkatkan penguasaan kemahiran asas Geografi (peta, istilah dan konsep) dalam kalangan murid Geografi.

3.2.3. Meningkatkan penguasaan dan penggunaan TMK.
3.2.4. Meningkatkan penguasaan ilmu dengan mengamalkan budaya pembelajaran sepanjang hayat dan seluas hayat bagi guru dan murid.
3.2.5. Dapat berkongsi idea, pengetahuan dan kemahirang guru dalam P&P Geografi .
3.2.6. Memupuk semangat berkumpulan dan berpasukan serta usaha kolektif di kalangan guru Geografi sekolah.

4. Ahli Jawatankuasa:
Pengerusi : En. Muhd. Suod b Mat Thani (Pengetua)
Naib Pengerusi : Tn. Hj. Sanusi b. Suratman (PK Pentadbiran)
Ketua Panitia : Pn. Hjh. Noraini bt. Hasbollah (Guru Cemerlang)
Penolong K.Panitia : Cik Yasotha a/p Arumugam
Setiausaha : Pn. Halimaton bt. Mohammad
AJK : Cik Rosmah bt. Abd Rashid
: Cik Shahnizam Bt Ahmad Shah
: Cik Siti Hasma Intan bt Hassan

5. Masalah:
5.1. Tanggapan bahawa Geografi merupakan mata pelajaran yang sukar difahami dan dipelajari terutama pelajar kelas lemah.
5.2. Kelemahan calon memahami asas iaitu konsep, istilah geografi dan peta.
5.3. Kelemahan calon dalam menjawab soalan struktur, esei, graf dan carta.

6. Strategi:
6.1. Pemantapan kualiti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan 12 pedagogi
oleh PPK.
6.2. Peningkatan Prestasi peperiksaan awam PMR, SPM dan STPM berasaskan
Headcount, TOV dan analisis item.
6.3. Memperkukuhkan program perkongsian pintar antara guru geografi sekolah.
6.4. Meningkatkan penguasaan dan penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi (TMK).
6.5. Meningkatkan penguasaan ilmu dengan mengamalkan budaya pembelajaran
sepanjang hayat dan seluas hayat bagi guru dan murid.
7. Sasaran:
7.1. Semua guru Geografi sekolah.
7.2. Semua pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6.

8. Carta Gantt - Aktiviti dan Pelaksanaan :
Bil Aktiviti J F M A M J J O S O
8.1. Mesyuarat Panitia 2009 X X X X
8.2. Perancangan Strategik 2006 – 2015 :
Penerangan Pelan Taktikal dan operasi Geografi X
8.3. Headcount – TOV dan target X X X X
8.4. Pengagihan Jadual Tajuk Ujian Tajuk (JTUT) X
8.5. Penggunaan Scanner (Penyediaan P&P) X
Penyuburan 12 Pedagogi P&P X
Penggunaan Lembaran Kerja dalam P&P X
Kerja Kursus Geografi PMR X
Penggunaan Excell X
Pembinaan Item dan Analisis Item X
Teknik Penyuburan Peta dalam P&P X
Kaedah NM meningkatkan prestasi rendah X
Penggunaan Power Point Dalam P&P X
8.6. Teknik Menjawab Soalan Geografi PMR/SPM/STPM X X X
8.7. Kem Geografi PMR/SPM/STPM X X
8.8. Kaedah 1-2-4 KB dan Kaedah 3MT X X X X X X X X X X
8.9. Projek Mahir Peta X X X X X X X X X X
8.10. Projek Istilah Geografi X X X X X X X X X X
8.11. Projek Lembaran Kerja X X X X X X X X X X
8.12. Projek Pra P & P X X X X X X X X X X
8.13. Latihan Minimum X X X X X X X X X X
8.14. Program Gempur Gemilang Geografi Elit 1 dan 2 X X X X X
8.15. Pemantauan buku murid X X X X X X X X X X
8.16. Pencerapan P & P guru X X X X X X X X X X
8.17. Pemantauan sukatan pelajaran X X
**Pelaksanaan aktiviti akan tertakluk kepada perubahan jika perlu.

9. Anggaran Perbelanjaan:
9.1. PCG mata pelajaran
9.2. Sumbangan PIBG

10. Penilaian:
10.1. Dapatan dan maklumbalas daripada guru Geografi.
10.2. Minat dan pencapaian pelajar di dalam Pengajaran dan Pembelajaran Geografi.
10.3. Keputusan ujian dan peperiksaan dalaman sekolah serta peperiksaan awam.

11. Harapan:

Semoga Program Gemilang Geografi (PGG) ini menjadi satu saluran yang dapat membantu guru dan pelajar agar dapat menguruskan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti, menyeronokkan dan berkesan bagi mencapai keputusan peperiksaan awam yang terbilang. Justeru, harapan semua guru geografi melalui PGG ini dapat mencapai matlamat dan objektif kecemerlangan akademik terutama di dalam peperiksaan
Kita sebagai guru geografi memainkan peranan yang sangat penting untuk menjadikan warga SEMARAK Komuniti Berilmu yang cemerlang, gemilang dan terbilang menjelang tahun 2015. Untuk menuju ke arah warga SEMARAK tahun 2015, semangat kental dan bekerja secara berpasukan dalam kalangan guru Geografi sekolah dapat merealisasikan aspirasi kerajaan negeri Perak untuk mewujudkan negeri berasaskan ilmu (K-State) menjelang tahun 2010. Matlamat kita guru Geografi , iaitu peningkatan dalam peperiksaan awam (PMR, SPM dan STPM) yang cemerlang dan melebihi target ; dan melahirkan modal insan yang terbilang serta membina negara bangsa iaitu 2 teras penting dalam PIPP.
Mudah-mudahan Allah Ta`ala akan memberkati usaha hambanya. Insya Allah.

Disediakan oleh:
Pn. Hjh. Noraini bt. Hasbollah,
Guru Cemerlang Geografi,
SMK Seri Perak, Teluk Intan.

MY GEOGRAFI MALAYSIA

Blog ini adalah blog perkongsian pintar bagi Geografi bagi semua warga negara Malaysia dan peringkat antara bangsa yang berminat dengan Geografi. Mata pelajaran Geografi merupakan mata pelajaran yang dapat membangunkan modal insan yang berminda kelas pertama dan mampu bersaing dalam persada antarabangsa demi untuk membina Negara bangsa Malaysia yang tercinta.